Menuju Ke Angkasa

Aku bermimpi menuju ke angkasalepas atas kapal angkasa ulang alik, apa mimpi mu.....

Saturday, October 23, 2004

Rantaian Blog Bahasa Melayu

Blog berbahasa Melayu amat kurang (tidak termasuk blog pribadi atau diari blog) jika dibandingkan bahasa Inggeris. Satu sebab mungkin kurang mahir menggunakan bahasa Melayu (termasuk saya) dan kebanyakan berblog adalah mereka yang melalui pendidikan dan pekerjaan yang banyak menggunakan bahasa Inggeris. Malah dasar kerajaan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kebanyakan mata pelajaran disekolah sedikit sebanyak (memang banyak) mempengaruhi fenomena ini. Ditambah pula semua blog host atau perisian blog guna paparan bahasa Inggeris, maka orang Melayu mesti tahu bahasa Inggeris sebelum dapat blog dalam bahasa Melayu.

Untuk menangani fenomena ini, kaedah rantaian laman (WebRing) adalah satu cara bagi mempromosi blog bahasa Melayu. Untuk tujuan itu saya cipta rantaian BahasaBlog guna RingSurf. Ada dua blog bahasa Melayu yang selalu saya baca c-bok (komentari) dan tokjanggut (politik).

Yang Korek Kundi
Yang Merah Saga
Yang Baik Budi
Yang Indah Bahasa


Pautan Luar:
Kitab-Kitab Mulia

Friday, October 22, 2004

Wikipedia Melayu

Kenalkah anda kepada Yosri, seorang anak Melayu (mungkin dari Malaysia) yang punyai semangat Malaysia Boleh yang amat membanggakan. Dia orang penting di Wikipedia bahasa Melayu yang punyai matlamat yang perlu ditanam dan disuburkan ke dalam sanubari setiap orang Melayu:-

  • Menyumbang ensiklopedia bebas bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dan seberapa tepat yang mungkin dengan menyemak dari pelbagai sumber apabila mungkin.
  • Menterjemah ensiklopedia Wikipedia bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, seberapa lengkap yang mungkin, agar bahasa Melayu tidak dianggap mempunyai maklumat kelas kedua.
  • Menggalakkan penutur berbahasa Melayu lain untuk turut sama menyumbang maklumat yang lengkap dan tepat.
  • Teruskan menyumbang tanpa bergantung kepada orang lain dan tanpa banyak membuat komen. Komen hanya mengurangkan sumber yang diperlukan dalam usaha membina ensiklopedia bahasa Melayu yang berkualiti tinggi. Distraction.

Thursday, October 21, 2004

Malaysia Bolehlah


Malaysia dah disahkan oleh Polis London sebagai negara pertama cipta alat yang dapat memintas transaksi kad kredit melalu dawai talipon kemudian menghantar maklumat kad kredit secara SMS ke penjenayah. Malah penjenayah terbabit hanya guna peralatan elektronik yang ada dijual dimana-mana kedai elektronik. Tapi ini semangat Malaysia Boleh yang malu untuk diperbesar-besarkan.

Lebih menyedihkan hari Ahad lalu ada dua remaja Melayu mati setelah berlanggar pokok menyebabkan kereta yang dinaiki terputus dua. Rupanya kejadian berlaku ketika mereka sedang lumba haram dengan dua kereta lain. Prestasi kereta mereka dah dinaikkan untuk meningkat kelajuan maksimum. Mungkin mereka bercita-cita jadi pemandu F1 macam Alex Yoong atau pakar modifikasi kereta macam Chip Foose, tapi sekarang hanya tinggal cita-cita.

Macam satu beban atau sumpahan tujuh keturunan bagi remaja masakini dan akan datang, yang mereka perlu buktikan bahawa dasar pendidikan kerajaan telah berjaya mewujudkan inventor. Bukan itu saja, makin ramai juga punya cita-cita jadi artis terkenal dengan adanya Akademi Fantasia dan Malaysia Idol. Sebenarnya minda dan gaya hidup mereka perlu ditayangkan persekitaran yang dapat mengalakkan penambahan ilmu yang berterusan dan bermanfaat pada bangsa dan negara, bukan cipta sesuatu bagi membuktikan Malaysia Boleh. Pasti mereka tidak boleh jadi 250 penuntut serata Eropah yang guna teknologi internet bergabung secara maya mencipta setelit.

Wednesday, September 08, 2004

Haloscan commenting and trackback have been added to this blog.

Wednesday, September 01, 2004

Bukit Layang-Layang


This is a test post using Hello Posted by Hello

Thursday, June 10, 2004

Selamat Datang ke Angkasa

Hari ni aku mulakan blog ni. Dah bakar belum meriam buluh tu....?