Menuju Ke Angkasa

Aku bermimpi menuju ke angkasalepas atas kapal angkasa ulang alik, apa mimpi mu.....

Thursday, October 21, 2004

Malaysia Bolehlah


Malaysia dah disahkan oleh Polis London sebagai negara pertama cipta alat yang dapat memintas transaksi kad kredit melalu dawai talipon kemudian menghantar maklumat kad kredit secara SMS ke penjenayah. Malah penjenayah terbabit hanya guna peralatan elektronik yang ada dijual dimana-mana kedai elektronik. Tapi ini semangat Malaysia Boleh yang malu untuk diperbesar-besarkan.

Lebih menyedihkan hari Ahad lalu ada dua remaja Melayu mati setelah berlanggar pokok menyebabkan kereta yang dinaiki terputus dua. Rupanya kejadian berlaku ketika mereka sedang lumba haram dengan dua kereta lain. Prestasi kereta mereka dah dinaikkan untuk meningkat kelajuan maksimum. Mungkin mereka bercita-cita jadi pemandu F1 macam Alex Yoong atau pakar modifikasi kereta macam Chip Foose, tapi sekarang hanya tinggal cita-cita.

Macam satu beban atau sumpahan tujuh keturunan bagi remaja masakini dan akan datang, yang mereka perlu buktikan bahawa dasar pendidikan kerajaan telah berjaya mewujudkan inventor. Bukan itu saja, makin ramai juga punya cita-cita jadi artis terkenal dengan adanya Akademi Fantasia dan Malaysia Idol. Sebenarnya minda dan gaya hidup mereka perlu ditayangkan persekitaran yang dapat mengalakkan penambahan ilmu yang berterusan dan bermanfaat pada bangsa dan negara, bukan cipta sesuatu bagi membuktikan Malaysia Boleh. Pasti mereka tidak boleh jadi 250 penuntut serata Eropah yang guna teknologi internet bergabung secara maya mencipta setelit.