Wikipedia Melayu
Kenalkah anda kepada Yosri, seorang anak Melayu (mungkin dari Malaysia) yang punyai semangat Malaysia Boleh yang amat membanggakan. Dia orang penting di Wikipedia bahasa Melayu yang punyai matlamat yang perlu ditanam dan disuburkan ke dalam sanubari setiap orang Melayu:-
- Menyumbang ensiklopedia bebas bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dan seberapa tepat yang mungkin dengan menyemak dari pelbagai sumber apabila mungkin.
- Menterjemah ensiklopedia Wikipedia bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, seberapa lengkap yang mungkin, agar bahasa Melayu tidak dianggap mempunyai maklumat kelas kedua.
- Menggalakkan penutur berbahasa Melayu lain untuk turut sama menyumbang maklumat yang lengkap dan tepat.
- Teruskan menyumbang tanpa bergantung kepada orang lain dan tanpa banyak membuat komen. Komen hanya mengurangkan sumber yang diperlukan dalam usaha membina ensiklopedia bahasa Melayu yang berkualiti tinggi. Distraction.


<< Home